Wednesday, July 25, 2012

Kakitangan awam dapat bonus raya

PUTRAJAYA: Sebanyak 1.27 juta kakitangan awam akan mendapat duit raya apabila kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang dibayar pada pertengahan bulan ini. 

Selain itu, kerajaan mengumumkan berita gembira untuk 590,000 pesara kerajaan yang akan menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500.



Ia diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Pembayaran bonus dan Bayaran Khas Kewangan itu membabitkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. 
“Kerajaan berharap ia meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan serta membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. 

Ini menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” katanya.

Umat Islam dijangka menyambut Aidilfitri pada 30 Ogos ini. Ini adalah kali ketiga berturut-turut penjawat awam dan pesara mendapat duit raya. Pada tahun lalu dan 2009, kerajaan memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada kedua-dua kumpulan itu sebelum 1 Syawal.

Kali terakhir kerajaan membayar bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam adalah pada September dan Disember 2008. 
Sementara itu, Najib yang bercuti sejak 1 Ogos lalu selepas menjalani pembedahan ‘Arthoscopic’ di lutut kiri memulakan tugasnya pagi semalam.

Beliau yang tiba di pejabatnya di bangunan Perdana Putra kira-kira jam 9.40 pagi kelihatan ceria dan sihat sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri berkata, Najib dibenarkan bertugas selepas doktor berpuas hati dengan proses penyembuhannya.

Kecederaan lama Perdana Menteri berulang selepas menendang bola ketika merasmikan pertandingan futsal di Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya pada Mei lalu. Bagaimanapun, doktor menasihatkan beliau mengehadkan aktiviti harian pada waktu ini sehingga pulih sepenuhnya.

Selain melaksanakan tugas pejabatnya, Perdana Menteri hadir pada majlis berbuka puasa bersama anggota Kabinet di kediaman rasminya di Seri Perdana petang semalam.

Tuesday, July 24, 2012

petua mata rabun

Assalamualaikm.. di sini sy ingin berkongsi satu ilmu dari tok guru saya dulu iaitu ilmu untuk menajamkan penglihatan mata dan mngurangkan rabun mata.. semua orang boleh amal terutamanya bagi yang rabun,, saya tengok kwn2 sy ramai jugak yg rabun dan tepaksa menambah power 'spec mata'.. jadi, saya tiba2 teringat ilmu yg ustaz sy ajar ni..

jadi kawan2, masa anda semua mnjawab azan, apabila terdengar laungan أشهد أن محمد رسول الله, maka hendaklah menjawabnya dan kemudiannya membaca ayat ini:
فكشفنا عنك غطاءك فبصرك اليوم حديد...
(sila rujuk surah qaf (ق) ayat yg ke 22)

kemudian hembus dekat belakang ibu jari seperti dlm gambar, lepas tu, gosok belakang ibu jari tu kat kedua2 mata.. (jari kanan= mata kanan, jari kiri=mata kiri)..

insyaAllah, sntiasa amalkan, akan dapat lihat perubahannya, yg penting kita sentiasa bersangka baik dengan Allah..

insyaAllah, ni salah satu ikhtiar untuk kesihatan mata kita.. ^_^




insan berhati mulia

selamat pagi ramadhan di hari selasa yang mulia...(chewah hihihi). arini dah masuk 4 ramadhan alhamdulilah. cuaca arini sedikit mendung dan agak selesa la untuk orang yang berpuasa dan terutamanya pekerja2 seperti kami yang banyak membabitkan keja luo...wat kawan2 sume belum terlambat untuk embun ucapkan selamat berpose.


Arini embun nk citer sikit psl mengenai seorang hamba allah ni. embun terasa kagum sgt dgn hamba allah ni. embun xpenah bercakap atau berjupe secara berdepan dengannya. cuma embun selalu melihat hamba allah ni setiap hari setelah menghantar mak embun ke tmpt keja. hamba allah ni setiap hari akan berada di tepi jln yang berdekatan dengan hotel Sumai untuk memberi kucing2 makan. dalam ati embun mengatakan betapa baiknye hamba allah ni...embun yang sukakan kucing pun xda pun nk wt mcm hamba allah ni...betapa mulianya hati hamba allah ni. moga Allah memberi keberkatan ats kebaikan yang dilakukan oleh hamba Allah ni..aminnn

Monday, July 16, 2012

PETUA ATASI TUMIT PECAH





Petua Tumit Pecah

Anda mengalami tumit pecah??

embun sendiri mengalami tumit pecah...apatah lagi menunggu ari bahagia yang mendatang ni...naik riso jugak xtau cmne cara nk hilangkan tumit pecah ni...malu pun ade...

akhirnya embun terjumpa satu entri kt blog saudari ni cmne nk hilangkan masalah ini...so embun nk share la ckit kt blog embun...hrp2 sesiapa yang mngalami masalah yang sama cm embun leh cube yea...jom same2 kite cube :)

Tumitmu pecah? Argh….

Tumit kaki yang kering dan pecah boleh dirawat sendiri di rumah. Tidak perlu berbelanja lebih, kamu hanya perlu merawatnya dengan sapuan losen yang sesuai. Nak tahu caranya? Kami ada trik yang boleh kamu cuba.

1 Bersihkan kaki kamu dengan sabun, kemudian skrub kaki kamu dengan batu apung atau skrub tubuh. Lakukan selama 4-5 minit pada setiap kaki.2 Bilas dan basuh kaki kamu dengan air suam.3 Rendamkan kaki kamu di dalam air suam yang telah dicampurkan dengan 2 sudu makan garam kristal dan 1 sudu makan madu.4 Langkah selanjutnya, rendamkan kaki kamu di dalam air sejuk yang telah dicampurkan dengan 10 titis perahan limau nipis dan segelas teh yang telah ditapis.5 Keringkan dengan tuala lembut yang bersih.6 Langkah terakhir, sapukan losen badan dan lakukan urutan ringan.

Atasi Tumit Pecah dengan Bawang Putih

Selain losen, kamu juga boleh atasi masalah tumit pecah dengan menggunakan bahan semula jadi seperti bawang putih. Bunyinya agak pelik, tetapi inilah hakikatnya. Nak tahu caranya? Ikuti beberapa tip di bawah. Sediakan tiga biji bawang putih yang telah dikupas.Kemudian mayang sehingga halus dan titiskan sedikit air agar teksturnya menjadi lebih lembut. Sapukan pada tumit kaki dan biarkan hirisan bawang putih terus melekat pada kaki. Pada keesokan harinya, bersihkan kaki kamu dengan air sejuk. Akhir sekali, sapukan tumit kamu dengan madu. Lakukan perawatan ini setiap hari, dan lihatlah hasilnya.Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2009/10/petua-tumit-pecah.html#ixzz20laNWdgs


Tuesday, July 10, 2012

10 JULAI 2012




selamat pg....arini betday embun yang ke 30 thn....30 thn ke mcm xcaya je hikhik...dh tua rupenye embun ni...pagi ni termimpi kan seseorang yang begitu rapat ngan embun dulu...ibarat kan seorang ibu jgk la bg embun tp die dah meninggal lebih kurang 2 tahun dah...walaupun dah 2 tahun berlalu namun kehadirannya sentiasa dirasai....rindu jgk kt dia apatah lagi disaat2 embun nk melangkah ke alam baru bulan 8 nt...kalo die ade bestnyer...embun juga rindukan anak die ADAM...si adam budak mucuk yang manis yang nakal...akak rindu la kt adam nt kite jupe yea :)...

misi embun arini nk ato borang2 kt pjbt agama..hrp2 xda yang sangkut lg....ya Allah permudahkan lah segala urusan hambaMu ini..jom sape nk temankan embun p pjabat agama hikhikhik....jommm

Tuesday, July 03, 2012

botol kaca

di rumah embun banyak la tersimpan botol kaca yang kecil2 tu tp embun xtau nk wt ape...nk decorate tp xda idea la...nk buang syg...kalo org kreatif mst tau je nk wt ape ngn botol kaca tu...sbnrnya embun berniat nk wt doorgift tuk majlis nt...tp no idea la...aritu penah terlintas nk letak bintang2 kertas tu ermmm tapi memandangkan masa tu terlalu singkat rsenye xsempat nk buat huhuhu....adik embun lak bg idea suh letak bunga potpuri...tp xtau la mcm xmenarik je...tp kalo xda idea sgt embun ltk jugak la bunga potpuri gak kt dlm botol tu nt huhuhu......gambo lak xda nk post kat sini...kot2 ade kwn2 yg leh bg idea ape y nk dibuat dengan botol kecil kaca embun tu :)

Monday, July 02, 2012

bln 7 dh weh...

pejam celik pejam celik dah masuk bulan 7...ermmm tinggal beberapa hari je lagi sblm mjlis blngsung...borang pun lom siap lg...apedaa aku ni..sume amik ringan je...smlm p amik gmbo kt kedai tokyo tu (dpn bustand tu) pegi ngn cik tunang...tup2 lps cuci tgk xpuas ati lak...sekali tgk mcm minah senget je...kalo tgk dua tiga kali tgk xtau la nk kate ape hhihi...dah la embun ni jenis susah nk amik gmbo pasport ni...nmpk gayanye kena amik gambo lain la nih...aduss nk wt cmne...nt nk gune nk wt kad...kena la jugak...tp nk p bile lak tu xtau la hihihi...cik tunang pun dh balik smlm..bile lak nk jupe xtau lg...mgkin akhir bulan 7 atau awal bulan 8 nt sblm mjlis blangsung...nk wt cmne tu la dugaan hubungan jarak jauh...sabo jelah huhuhu

testing testing

salam....sy budak baru belajar kalo salah tolong tunjukkan...hihihi...bru blajar nk blogging ni...tp masih dlm process nk mengenali selok belok nk wt blogging ni...hihihi