Tuesday, September 03, 2013

Di Mana Sahabat Sejati??

Bagaimana anda hendak mengenali sahabat sejati anda? Adakah hanya ketika anda dalam kesulitan dia akan datang membantu anda atau seseorang yang hanya akan datang bila dia memerlukan anda? Apakah nilai sahabat sejati? 


Sahabat datang dan pergi di dalam kehidupan kita.
Sahabat sejati terus mencari dan terus dicari.
Kita memang memerlukan sahabat di dalam kehidupan kita. Apatahlagi seorang sahabat yang dapat menerima kita tidak kira kita dalam keadaan senang atau pun susah, tetapi lebih daripada itu.


"Aku bersahabat dengan mu kerana Allah dan bukan kerana harta dan kelebihanmu. Terima kasih kerana menjadi sahabatku"


 Ciri-ciri sahabat yang sejati
  • Jika engkau memerlukan pertolongan darinya, dia terus menolong mu tanpa berdolak dalik
  • Jika sesuatu engkau terjatuh (musibah), dia hadir untuk meringankan bebanmu
  • Jika kamu berdua berselisihan faham, nescaya dia lebih mudah mengalah demi menjaga tali persahabatan
  • Jika anda memberi sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menghargai perbuatan yang anda lakukan
  • Jika anda merapatkan hubungan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan anda
  • Dia sentiasa membantumu menjauhi daripada kemaksiatan dan perkara yang keji dan membantumu menunaikan perintahNya dan kebaikan
  • Dia sentiasa mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat

Ciri-ciri sahabat yang perlu kita berhati-hati atau tinggalkan

  • Sahabat yang hipokrit: Dia berkawan denganmu kerana kepentingan peribadi semata-mata dan tidak sanggup menolongmu ketika anda dalam kesusahan.
  • Sahabat yang pengampu: Dia bersetuju dalam semua perkara yang anda lakukan itu ( samada baik atau buruk). Bila berhadapan dengan anda, dia memuji dirimu,tetapi dibelakang dia mengkhianati dirimu.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah: Dia membawa anda ke kancah kemaksiatan dan menambah dosa mu didunia.
  • Sahabat yang duniawi: Dia sentiasa mengajak anda untuk 'melepak', berpesta atau ketempat yang tidak sepatutnya dan melalaikan.
  • Sahabat yang kedekut dan tamak: Dia sangat tamak untuk memberi kepadamu dan meminta banyak kepada mu. (pentingkan diri sendiri)